Thursday, July 24, 2008

Visi dan Misi SKTK


VISI
SKTK sebuah institusi
pendidikan yang unggul bagi melahirkan
insan yang cemerlang dari segi kurikulum,
kokurikulum, sahsiah serta celik IT
selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

MISI
. Menyediakan kemudahan dan suasana pembelajaran yang kondusif
. Menjalankan pengajaran dan pembelajaran terancang dan berkesan
. Melaksanakan pembelajaran berbantukan komputer
. Menyediakan kemudahan Pembelajaran Kendiri yang lengkap dan bermaklumat
. Meningkatkan sahsiah murid melalui program nilai murni yang berterusan
. Memberi peluang kepada murid-murid mengikuti aktiviti kokuriklum berterusan mengikut kebolehan dan potensi murid.

Bendera SKTK



HIJAU
(Peka pada nilai-nilai murni dan perpaduan)

MERAH
(Semangat gigih menempuh segala cabaran)

KUNING
(Lambang Bendera Negeri Selangor dan menunjukkan sentiasa taat kepada Pemimpin)

BULAN & BINTANG
(Agama Rasmi Negara)

Sejarah SKTK

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas telah ditubuhkan pada 15 hb Jun 1992.

Perkataan KOSAS diambil sempena nama pemaju yang membangunkan kawasan ini iaitu Koperasi Anak-Anak Selangor

Terletak di kawasan seluas 3 ekar. Sekolah ini didirikan di tengah-tengah kawasan perumahan yang sedang berkembang pesat.

Pada peringkat penubuhannya, sekolah ini menampung seramai 967 orang murid dengan tenaga pengajar 34 orang guru dan seorang Guru Besar.

Kini, sekolah ini telah berkembang pesat sejajar dengan pembangunan di kawasan sekeliling. Wujudnya kawasan-kawasan perumahan seperti Taman Bukit Indah, Taman Ampang Indah dan Taman Rasmi Jaya secara tidak langsung bilangan murid turut mengalami perubahan yang begitu drastik.

Beberapa blok bangunan baru telah dibina demi menampung kebanjiran murid-murid yang tinggal di kawasan berhampiran. Beberapa kemudahan pembelajaran telah disediakan seperti Makmal Sains, Makmal Komputer dan Bengkel Kemahiran Hidup.

Di samping itu, wujudnya beberapa Pondok Bacaan hasil sumbangan masyarakat setempat turut mewarnai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.

Profil SKTK

Sekolah Kebangsaan Taman Kosas

Kod Sekolah : BBA 4030
Alamat :
SK Taman Kosas,
Jalan Kosas 3/9, Taman Kosas,
68000, Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon : +603-42934089

Faks : +603-42934089

E-Mail : sktk@sktk.edu.my

Guru Besar : Puan Salma binti Haji Deraman

PPD : Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat

JPN : Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Keluasan : 2 Ekar

Enrolment - Pentadbir - 4 Orang
Kakitangan Akademik - 88 Orang
Kakitangan Bukan Akademik - 8 Orang
Murid :
Kemudahan
Pejabat : 1
Bilik Darjah : 18
Bilik Guru : 1
Perpustakaan : 1
Bilik APD
Bilik BBM

Selamat Datang


Terima kasih kerana sudi melawati blog SK Taman Kosas.